Thursday, July 3, 2014

Mak aih! Setahun dah?

Percaya tak? Dah setahun aku tak jenguk blog aku nih? Gila tak? Kebizian apa yang menghasut aku nih? Hish la. Hari ni tak tau pesal per hati aku terdetik nak menjenguk. Terdetik nak sapu sawang-sawang yang bermaharajalela kat rumah aku ni. Terpanggil nak merapu gaban jap kat sini. Owh rumahku, ai mish u!

Life macam biasa. Setahun ni kehidupan semakin mencabar. Umur pun makin tua. Dah 39 dah aku. Tahun depan dah nak masuk 4 series. Wargh! Tak sabor nak rasa umur 40an itew. Camner la agaknya kan kan? Kesihatan macam ni jugak la. Badan? Makin naik makin sihat makin kembang & etc. Celah mana lagi aku nak citer? Semua pakai naik la macam adunan kek terlebih bikarbonat. Mak aih!

Sekarang ni puasa hari ke5 ye. Alhamdulillah, aku masih teguh berpuasa. Haaa, jangan nak gatal-gatal puasa yangyuk. Saper penah dengar pasal yangyuk? Aku sendiri tak sure benornya. Bagi aku puasa yangyuk ni puasa yang makin makruh sebab asyik bukak tudung periuk! Aci dak kenyataan tersebut? Waduh. Persiapan raya macam biasak. Bersederhana orang kata. Lagipun dah meningkat umur ni rasa nak beraya tu takde la macam masa zaman budak-budak dulu kan? Siap tidor ngan baju/kasut baru uols. Bangun tengah malam siap check kot-kot la ada yang mengambiknya ye tak? Pepagi takyah mak kejutkan, otometik mata terbukak luas je. Takyah mak nak jerit suruh mandi, pandai je amek tuala and terus ke toilet. Mandi sakan orang kata. Bersihkan diri macam orang tak mandi 7 hari. Isk?! Semua tu masa zaman budak-budak dulu. Now bila dah dewasa ni (ayat tak hengat) semuanya jadik slow and steady. Kita pulak yang galak tengok budak-budak gelinjang sambut raya. Eheh.

Rasanya cukup dulu la intro comeback aku pada hari ini ye. Bila jari jemari dah makin longgar pastu time bertambah padu, aku akan update lagi blog aku nih. Moga-moga tercapai. Amin.

So, aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua. Semoga puasa kali ni keberkatan berpihak kepada kita. Amin.

No comments:

Post a Comment