Thursday, July 3, 2014

Mak aih! Setahun dah?

Percaya tak? Dah setahun aku tak jenguk blog aku nih? Gila tak? Kebizian apa yang menghasut aku nih? Hish la. Hari ni tak tau pesal per hati aku terdetik nak menjenguk. Terdetik nak sapu sawang-sawang yang bermaharajalela kat rumah aku ni. Terpanggil nak merapu gaban jap kat sini. Owh rumahku, ai mish u!

Life macam biasa. Setahun ni kehidupan semakin mencabar. Umur pun makin tua. Dah 39 dah aku. Tahun depan dah nak masuk 4 series. Wargh! Tak sabor nak rasa umur 40an itew. Camner la agaknya kan kan? Kesihatan macam ni jugak la. Badan? Makin naik makin sihat makin kembang & etc. Celah mana lagi aku nak citer? Semua pakai naik la macam adunan kek terlebih bikarbonat. Mak aih!

Sekarang ni puasa hari ke5 ye. Alhamdulillah, aku masih teguh berpuasa. Haaa, jangan nak gatal-gatal puasa yangyuk. Saper penah dengar pasal yangyuk? Aku sendiri tak sure benornya. Bagi aku puasa yangyuk ni puasa yang makin makruh sebab asyik bukak tudung periuk! Aci dak kenyataan tersebut? Waduh. Persiapan raya macam biasak. Bersederhana orang kata. Lagipun dah meningkat umur ni rasa nak beraya tu takde la macam masa zaman budak-budak dulu kan? Siap tidor ngan baju/kasut baru uols. Bangun tengah malam siap check kot-kot la ada yang mengambiknya ye tak? Pepagi takyah mak kejutkan, otometik mata terbukak luas je. Takyah mak nak jerit suruh mandi, pandai je amek tuala and terus ke toilet. Mandi sakan orang kata. Bersihkan diri macam orang tak mandi 7 hari. Isk?! Semua tu masa zaman budak-budak dulu. Now bila dah dewasa ni (ayat tak hengat) semuanya jadik slow and steady. Kita pulak yang galak tengok budak-budak gelinjang sambut raya. Eheh.

Rasanya cukup dulu la intro comeback aku pada hari ini ye. Bila jari jemari dah makin longgar pastu time bertambah padu, aku akan update lagi blog aku nih. Moga-moga tercapai. Amin.

So, aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua. Semoga puasa kali ni keberkatan berpihak kepada kita. Amin.

Saturday, May 25, 2013

Sabtu di Kuantan

Santai Sabtu.

Bangun awal arini. Plan nak beli breakfast. Joe and wife (anak cousin aku) datang malam tadi. Puas cari hotel kat Kuantan tapi semuanya full. So decided to stay at my mom's house. Ok la. Meriahkan lagi rumah ni. 

Seawal pagi aku ngan Mary ke Tanjung Api. Antara tempat best yang jual makanan pagi. Mak punya kedai fav yang jual segala macam nasi. Ada nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak dan kuih muih. Kedai tu memang famous kat Kuantan. And yes, aku setuju sebab memang nasi dagang dia superb! Makan sebungkus tak cukup hokey.

Bayangkan, aku tapau 3 nasi dagang, 3 nasi kerabu, 3 nasi lemak dan pulut panggang. Ahaaa itupun rasa macam tak cukup. Wohooo! Sangat tamak! Guess what, kitorang singgah lagi kat satu kedai ni and beli kuih muih pulak. Karipap, apam and cakoi. Haaaa baru rasa lengkap menu pagi. Aiyooo! Over!

Balik rumah tup2 adik aku cakap "Joe ngan wife pegi Teluk Cempedak jap Long". Sentap mak noq. Kekekeke. Dorang lama tak datang Kuantan and wendu TC that's why diorang pegi. Ok takpelah. Nanti dorang balik sure dorang makan. Kan?

Macam biasa kalau balik Kuantan of coz aktiviti berjalan ke sana-sini berlaku. Maka ke East Coast Mall dan Megamall ler kami berdua. Tak shopping sekadar cuci mata je. Ye ke? Ada la beli beberapa barang. Lebih tepat, barangan peribadi. 

Balik rumah rasa kelepet nak mampus. Panas gila kat Kuantan. Mandi pastu lepak dalam bilik. Nyamannya menggolekkan diri dalam aircond yang kupasang turbo. Kejapan je aku melopong tido. Eheks. Bangun dah dekat pukul 5.30pm. Mak ngan Wani tak balik lagi dari ziarah orang meninggal. Oh ye, sepupu mak meninggal mengejut pagi tadi. Kena heart attack masa drivez yang sadis dia satu family on the way ke Uitm Dungun untuk hantar anak dia. Sedih kan? Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

And now, aku melepak depan tv. Melayan AFC. Lapar ke? Takde la. Kenyang membukit perut aku. Penangan nasik minyak yang adik bongsu aku bawak petang tadi. Walla! Heaven betul kalau balik kampung. Tak hengat keje. Tak hengat opis. Esok dah nak balik KL.

Seriously...bosan!!!! Malas balik!!! 

Sekian.

Friday, May 24, 2013

Bestnya cuti!

Best.

Aku dah ada kat Kuantan. Selamat tiba petang tadi. Journey yang patutnya dalam 3 jam dah jadik lebih dari tu sebab jam. Well, kat Malaysia ni asal musim perayaan je mesti jam. Pantang ada cuti je semua pakat nak penuhkan jalanraya termasuklah aku. Eheh.

Bertolak tadi dengan perut yang lapar tak hengat. Pagi tadi terbabas tido sampai 9.30am baru bgn. Bergegas call Zulazizi Boarding sebab nak letak Ateef kat situ. Last minute plan nak hangkut Mary sekali balik Kontan. Hehe. Mujur la si Zul tu layan call aku. Appointment pun dibuat. Nak hantar dak jantan sekor tu dalam pukul 11am. Sempat ke?

Mengemas beg dan segala bagai. Tup2 tengok jam dah dekat pukul sebelas. Isk dah lambat wey! Mandi manda bagai sebab nak kejar masa. Settle hantar Ateef. Cam biasa la Ateef bila kat boarding perangai vamp dia keluar. Ateef mana suka campur ngan kucing lain. Naik hantu ler dia! Muahahaha!

Bertolak ler kami dalam pukul 1pm gerak balik. Adik aku bawak kereta. Start perjalanan si Isya tak henti2 pot pet. Ske la aku melayan. Jalan jam before Tol Gombak. Sementara menunggu jam reda kitorang singgah lunch dulu kat Gombak.  Giler sedap weh makanan kat situ. Nasik campur. Lauk siap letak dalam talam lagi. Kelantan punya masakan. Reminds me of Anis Gulai Kawah kat Pantai Dalam tu. Power! Murah pun murah. But sorry, aku tak ingat nama kedai makan tu. By the way, lauk aku macam biasa la. Nasi, ikan bakar, budu and ulam2. Pergh!!! Cukup lauk camtu. Dah cukup menyelerakan bagi aku. Takyah lauk 2-3 jenis bagai. Sengih.

Now, aku tengah golek2 kat katil sambil update blog nih. Kejung gak la kaki menahan jam. Tapi ok la daripada balik masa PRU13 hari tu. Itu lagi gila!

Ok la. Mau permisi dulu. Nak betulkan urat kaki tangan badan dan etc. Malam ni kalau rajin dan sihat, nak gi dinner kat luar. Ceh ayat! 

So, Happy holiday to all and take care! Ati2 di jalanraya uols....

Thursday, May 23, 2013

Apsal la

Apsal la.

Mata ni! Asyik nak terkatup je dari tadi? Wei, bukak la wei! Jangan la camnih. Banyak keje aku kat opis ni tau tak? Grrrr. Ko watdek je eh?

Apsal la.

Hari ni bukan cuti. Or ...

Apsal la.

Aku tak cuti hari ni. Haa lebih afdal statement ni.

What da...

Yeah, what da fook la aku buat kat office kan? Boss is not around. Cuti. Yang aku rajin sangat ni ngaper? Ko apsal arrr? Grrr. Lagi sekali ko watdek je eh?

Aku tengok pc. Pc tengok aku. Cun ke ko? Aku tengok bersegi je. Siap main jelir-jelir lidah pulak kat aku? Ko dah kenapa? Ketuk kepala. Masih waras. Picit idong. Masih sakit. Ehem, aku masih dalam alam sedar.

Apsal la.

Aku takde kat katil sekarang kan? Mau golek. Mau dengkur. Mau tak jaga-jaga lagi. Buruknya perangai? Gegar satu badan. Menahan. Tahan apa? Tahan ngantuk la. Jangan pikir bukan-bukan arrr.

Eh eh. Apsal la.

Tetiba otak karam. Stone pada satu sudut. Mujur cerah. Masih tak faham. Merapukah? Or dah semakin parah? Apa plak yang parah wey. Aku? Mana ada. Maintain je? Ye ke?

Most of all...

Apsal la.
.
.
.
.
.
.

Aku macam ni arrrr????